
fatihahfandi246
5 tahun
Keputihan dan gatal faraj
Saya wanita berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya menghadapi keputihan yang sangat banyak. Ia cecair lendir yang berwarna kuning kehijuan yang cerah/light green. Tapi tak berbau busuk. Saya alami gatal gatal pada faraj. Ini pertama kali berlaku. Ia berlaku selepas saya haid bulan lalu. Tapi semasa haid tu saya dah alami gatal gatal. Saya selalu tukar pad. Setiap 4 jam. Dan saya masih alami keputihan dan gatal gatal sehingga hari ini. Sebelum ini haid saya teratur dan tiada masalah. Tapi currently, saya sedikit stress sebab mengejar deadline kerja. Adakah masalah keputihan saya ini teruk dan apa yang perlu saya buat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara percuma. Terima kasih.