
Anonymous
6 tahun
Keputihan dan hubungan intim
Hai Doktor,
Saya mempunyai 2 persoalan.
Saya berusia 28 tahun. Saya mengalami keputihan bermula dari sekolah, tetapi tidak pernah mendapatkan rawatan. Keputihan ini berulang-ulang. Berwana kuning putih, pekat, berketul dan bebau busuk. Selalunya akan hilang dalam tempoh 4-5 hari dengan pengunaan pencuci intim wanita atau membasuh kemaluan menggunakan air suam dan garam. Apakah ini pertanda penyakit serius?
Lagi satu, saya baru berkahwin dan belum melakukan hubungan intim sepenuhnya. Hal ini kerana, saya berasa sangat sakit semasa mahu melakukan hubungan intim, iaitu apabila kepala zakar suami cuba memasuki lubang faraj. Saya dapati faraj saya terkoyak dan meninggalkan luka dan berdarah walaupun sudah berberapa kali cuba untuk bersama. Jadi kami tidak meneruskan lebih lanjut. Saya tidak nervous dan sudah bersedia, tetapi masih sakit. Adakah ini normal? Dan adakah ini ada kaitan dengan keputihan saya?

6 tahun
Hai, salam sejahtera.Terima kasih atas soalan anda.
Keputihan merupakan perkara yang normal bagi wanita. Selalunya, keputihan yang normal adalah tidak terlalu banyak dan tidak berbau. Sekiranya anda mengalami keputihan yang terlalu banyak, berketul dan berbau, ia mungkin disebabkan oleh masalah seperti jangkitan. Antara penyebab keputihan seperti ini adalah:
- Vaginal candidiasis
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan Chlamydia
- Jangkitan Gonorea
- Jangkitan Trichomonas
Sakit ketika menjalinkan hubungan kelamin dipanggil dyspareunia. Ia boleh disebabkan oleh:
- Tidak cukup pelincir. Faraj wanita akan mengeluarkan lendir yang boleh membantu melancarkan penetrasi ketika melakukan hubungan seksual
- Luka pada faraj
- Jangkitan kuman pada faraj
- Masalah struktur faraj
- Spasm pada otot faraj
Untuk mengenal pasti punca masalah yang anda lalui, pemeriksaan lanjut dan ujian seperti imejan dan pengambilan sample cecair dari faraj anda mungkin diperlukan. Oleh itu anda disarankan untuk bercakap dengan doktor bagi memberikan keterangan lanjut. Anda boleh klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Harap membantu.
Terima kasih.