
Sulit
4 tahun
Keputihan dan kegatalan di vagina
Saya wanita berusia 38 tahun dan mempunyai 5 anak…saya mengalami kegatalan di kemaluan akibat keputihan.tetapi sepanjang tempoh hair saya tidak mengalami kegatalan atau ruam-ruam.situasi saya bekerja menyebabkan saya berpeluh banyak dan telah mengalami masalah ini sudah beberapa bulan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, keputihan dan kegatalan pada kemaluan sememangnya mengganggu para wanita untuk menjalani aktivit harian. Justeru, kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih