Anonymous
4 tahun
Keputihan dgn lendir berdarah
Salam & hi doktor!
Im amylia, 28 y/o. Just gave birth to my first child in last january. Saya mengalami masalah keputihan bercampur darah since 2 minggu lepas dan tidak berbau. Ianya tidak selalu ada, cuma seminggu 3-4 kali. Saya menjadi sgt paranoid dan risau. Fyi doktor, ini terjadi seminggu selepas saya period.
Adakah ia berkaitan dgn hormon saya yang berubah selepas bersalin? Atau ia merupakan tanda tanda penyakit yang lain?
Thanks in advance dr!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, keputihan membolehkan saluran reproduktif wanita kekal steril dan bebas daripada jangkitan pada pH tertentu. Keputihan adalah terbahagi kepada dua iaitu fisiologik dan patologik:
1- Keputihan yang normal atau fisiologik biasanya adalah berwarna putih atau krim, tidak menyebabkan
kegatalan dan tidak berbau.
2- Keputihan yang patologik atau berpenyakit pula biasanya berwarna kuning, hijau atau coklat menyebabkan rasa gatal dan juga berbau hanyir. Ini berlaku apabila bakteria flora normal vagina melebihi jumlah bakteria lain yang seterusnya menyebabkan perubahan keasidan.
Penggunaan antibiotik dan steroid, pil perancang keluarga, douching, penyakit kencing manis, jangkitan klamidia, trichomoniasis atau bacterial vaginosis adalah punca-punca yang biasa berlaku dalam keputihan yang berpenyakit.
Untuk mengetahui punca yang menyebabkan keputihan patologik, saya cadangkan anda merujuk masalah anda kepada pihak kami secara peribadi untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.