
rasta9840
5 tahun
Keputihan di dalam vagina
Hi doc, saya bertanya bagi pihak isteri saya. Dia mengalami keputihan di dalam vagina seakan cecair air mani. Apabila dia mengorek dari dalam baru keputihan itu keluar dan tidak mempunyai bau. Tiada kegatalan atau apa2. Dan perkara kedua,dalam beberapa bulan ini saya mendapati jika kami melakukan hubungan intim… Sebelum kami melakukan kebiasaan tiada bau tetapi setelah dalam game… Akan ada bau yg hamis muncul, perkara ini membuatkan isteri sy berasa malu kerana bau itu. Apakah yg boleh doc rumuskan tentang dua perkara saya ajukan? Terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit seperti kerosakan organ lain, kemandulan dan sebagainya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.