
Sulit
3 tahun
Keputihan & haid tidak teratur
hello doctor, saya 16 thun mgalmi keputihan yg melampau, keputihan tu jugak pelik, berketul kadang ii berair warna nya pun sama kadang ii bertukar ii. saya risau. period saya pun x teratur jap datang kmudian tggu 3 bulan baru datang balik. pernah ke klinik katanya asbab hormon dia bagi ubat rasa cam sama ja x berubah apa pun. saya harap penjelasan dari doc tentang keputihan ini. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan Hormon
Untuk masalah keputihan pula, Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputihan bersama-sama dengan bau yang kurang selesa di faraj.
Salah sejenis jangkitan yang menyebabkan simptom-simptom anda adalah vaginosis bakteria. Ia menyebabkan keputihan yang cair yang kelihatan seperti susu. Ia juga menyebabkan bau yang hanyir yang boleh menjadi lebih ketara selepas hubungan seksual. Jangkitan ini disebabkan oleh gabungan beberapa jenis bakteria di dalam faraj yang menjadi terlampau berlebihan apabila keseimbangan pH faraj terganggu.
Jangkitan lain yang juga menyebabkan simptom-simptom anda adalah trichomoniasis yang disebarkan melalui hubungan seksual. Jangkitan ini menyebabkan keputihan yang berwarna kuning-hijau, berbuih dan berbau busuk. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan keputihan termasuk jangkitan yis serta jangkitan seksual seperti Chlamydia atau Gonorrhoea. Walau bagaimanapun, jangkitan-jangkitan ini tidak biasanya menyebabkan keputihan yang berbau.
Bagi bau yang tidak selesa pula, sebab-sebab lain termasuk kebersihan yang kurang memuaskan dan tampon yang tertinggal di dalam faraj.
Rawatan adalah berbeza bagi penyakit-penyakit yang berlainan.Oleh itu, anda patut diperiksa oleh doktor untuk mengenalpasti penyakit anda untuk menerima rawatan yang paling sesuai.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan