
Sulit
3 tahun
Keputihan hijau kerap
Hai doktor, saya umur 21, belum kahwin, lately ni saya kerap mengalami keputihan berwarna hijau, bergumpal seketul dan bau tu ada takda. Saya rasa puncanya kerana saya selalu memakai seluar dalam tanpa mengelap dan memastikan kering selepas cebok. Saya ada baca ni merupakan salah satu punca bakteria membiak. Adakah saya perlu (wajib) ke klinik atau saya boleh merawat sendiri dengan memastikan saya sentiasa pakai seluar dalam apabila sudah kering?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, kami memahami bahawa anda risau akan masalah keputihan berwarna hijau. Kini anda ingin tahu jika ia perlu dirawat oleh doktor. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, cecair kehijauan dari faraj sering kali berpunca dari jangkitan bakteria atau penyakit kelamin. Penyakit ini juga boleh berjangkit kepada pasangan anda.
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.