
Sulit
5 tahun
Keputihan jangka masa yang lama. (sudah masuk 3 bulan)
Saya wanita dalam 20 an. Masih belum berkahwin, tak pernah buat hubungan seksual dan tak pernah mengandung. Saya mengalami masalah keputihan yang sangat lama iaitu sudah masuk 3 bulan. Pada awalnya saya berfikiran ia berpunca daripada pemakaian ketat saya. Namun walaupun saya sudah ubah pemakaian kepada yang lebih longgar ,keputihan tu masih ada, dan berkurang sedikit. Pernah merujuk doktor klinik kerajaan risau disebabkan jangkitan kuman. Tapi doktor tu menafikannya sebab saya masih virgin. Jadi doktor tersebut hanya bagi saya ubat lotion yang bunuh kuman. tapi saya tak berani pakai takut makin teruk. Sebelum saya terkena keputihan ini, saya ada mengalami masalah kencing yang tak lawas. Pada awal bulan pertama saya terkena keputihan ini, keputihan yang jenis air Kemudian ia jadi putih dan air. Selepas period bulan pertama saya kena keputihan, keputihan keluar banyak tiap-tiap hari dan sangat gatal. Namun berkurangan selepas period seterusnya. Tapi keputihan tu menjadi kekuningan dan mengeluarkan bau yang sangat-sangat busuk. Saya pakai ubat doktor bagi yang untuk bunuh kuman. Namun selepas pakai, bahagian kemaluan saya jadi gatal-gatal. Dan keputihan keluar lebih banyak dari yang biasa. Saya baru habis period 3 hari lepas. Dan keputihan tersebut masih ada. Saya menjangkakan saya terkena Bartholin Gland Cyst kerana saya perasan perubahan terhadap libia saya. Libia kiri saya lebih besar dari libia kanan saya. Dan warna dia menjadi hitam. Tapi saya kurang pasti kerana ada yang mengatakan itu normal mengikut perubahan hormon. Apakah saya patut buat? Kalau saya ingin membuat check up, saya perlu kata untuk check up penyakit apa sebab kebanyakan tidak percaya saya terkena jangkitan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang anda alami boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan dalam rahim akibat jangkita dalam saluran kencing sebelum ini
Bagi mengurangkan masalah yang dihadapi anda, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.