Sulit
3 tahun
Keputihan keluar seperti air berwarna coklet bersama lendir.dan saya jugak ikhtiar untuk hamil
Doc ,saya berusia 31 tahun sudah berumahtangga 9 tahun.period saya datang setiap bulan,perut saya belah kiri selalu terasa sakit ssperti tercucuk2 jarum. Keputihan Saya bulan ini seperi air kencing warna coklet. Saya juga tengah usaha untuk hamil.apa yg saya perlu buat doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keputihan.
Untuk makluman anda, keputihan boleh jadi normal atau juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman, virus, parasit atau yis
- Penyakit kelamin ( Sexually transmitted infection / STI )
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Masalah kesihatan (klik di sini untuk mengetahui punca keputihan)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk masalah sakit perut, beberapa kondisi berkaitan hal ini adalah:
- Keradangan pelvik
- Endometriosis
- Batu karang
- Keradangan usus
- Jangkitan kuman pada usus
Tiada apa yang boleh dibuat di rumah melainkan anda ke klinik atau hospital dan mendaptkan pemeriksaan sebenar, seterusnya anda akan dirawat mengikut diagnosis yang dicapai.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.