
Anonymous
5 tahun
Keputihan keras pada faraj
Sudah dua minggu, isteri saya alami kegatalan di faraj serta terdapat gumpalan putih keras keluar di faraj beliau, kenapa doktor? boleh saya tahu apa punca nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Keputihan adalah perkara normal yang berlaku kepada wanita. Keputihan berlaku secara fisiologi ini biasanya sedikit dan tidak berbau. Bagi keputihan yang tidak normal, biasanya ia berketul, banyak dan disertai dengan gejala lain seperti kegatalan dan berbau.
Untuk makluman pihak tuan, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan keputihan yang bergumpal tersebut. Antaranya:
- Jangkitan kulat (candidiasis)
- Bakterial vaginosis
- Radang vulva atau vagina
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang hadapi oleh isteri tuan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah isteri anda kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.