Sulit
2 tahun
Keputihan kuning dan ada cyst 3cm
Hi doc,sy mengalami keputihan berwarna kuning ,sy pergi ke pakar dan doc meletakkan ubat di dlm Faraj, dan mereka check sy ada ovarian cyst 3cm. Selepas pulang ke rumah sy check ada Sedikit darah di pantyliner,sy agak Keliru doc darah apa yg keluar doc dan bahaya kah cyst 3cm ini ?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda,
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kebiasaannya,seseorang boleh mempunyai darah yang sedikit (spotting) selepas ubat diletakkan di dalam faraj.
Selain daripada itu terdapat faktor lain yang membolehkan pendarahan minima sebegini,
Untuk makluman anda, pendarahan (spotting) adalah pendarahan minima yang berlaku untuk tempoh yang pendek di antara dua waktu haid. Ia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya :
- kecederaan kepada faraj (mungkin melalui prosedur yang dilakukan)
- Penggunaan ubat perancang/IUCD atau ubat hormon lain
- Uterine fibroids
- Polip rahim
- PCOS
- Penyakit kelamin (STDs)
Selain itu, terdapat beberapa penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan pendarahan spotting seperti kanser serviks atau kanser endometrium.
Cyst sebesar 3 cm kemungkinan besar akan berkurang secara semula jadi.Cyst yang berukur lebih daripada 5 cm memerlukan perhatian doktor.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor pakar kami atas talian.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan