
Sulit
5 tahun
Keputihan lendir ketika hamil
Saya wanita berumur 25 tahun dan sedang hamil 4bulan. Saya sering mengalami keputihan sejak sebelum mengandung. Bila mengandung keputihan saya jadi berbau tetapi tidak gatal dan tidak sakit ketika membuang air kecil. Keputihan saya jadi berwarna kuning dan kadang kala berlendir seperti putih telur. Adakah hal ini normal doktor. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan ketika hamil yang dialami anda boleh disebabkan:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
Jangkitan kelamin
Bagi mengurangkan masalah yang dihadapi anda, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.