
Sulit
4 tahun
Keputihan macam gumpalan hancur
Saya wanita berusia 20an mempunyai masalah keputihan yg berwarna kekuningan dan menyebabkan kegatalan pada vagina . Keputihan tu jugak macam gumpalan yg hancur . Boleh ke kalau saya gunakan tablet fluomizin untuk merawat ? Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan dalam hal ini. Untuk pengetahuan cecair yang keluar daripada faraj boleh keluar dalam pelbagai warna. Antara warna-warna yang anda boleh lihat ialah:
- putih: cecair yang keputihan dan jelas adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis.
- kuning: cecair kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- coklat: cecair yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- hijau: cecair yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor dahulu sebelum memulakan apa-apa rawatan kerana diagnosis yang tepat perlu dibuat untuk mendapatkan rawatan yang sempurna.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih.