
mirapoket1111
3 tahun
Keputihan & Period tak datang
Selamat sejahtera Doktor . Saya 16 Tahun . Saya ada masalah vagina gatal gatal, keputihan kuning, busuk . sejak tu saya amalkan jamu. Tapi sejak saya amalkan jamu period saya tidak teratur . saya search di google jamu juga boleh jadi period lambat. betul ke doktor? saya risau sebab saya masih bawah umur . tolong ya doktor keputihan kuning saya dari tahun 2020 saya ingatkan biasa saja. rupanya tidak itu sebab saya amalkan jamu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan cecair yang keluar daripada faraj boleh keluar dalam pelbagai warna. Antara warna-warna yang anda boleh lihat ialah:
- putih: cecair yang keputihan dan jelas adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis.
- kuning: cecair kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- coklat: cecair yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- hijau: cecair yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Keputihan yang berwarna kuning dan berbau busuk boleh disebabkan oleh bebereapa perkara seperti:
- Gonore
- Trikomoniasis
- Bacterial vaginosis
- Infeksi yeast
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor