afiqah207
6 tahun
Keputihan saya berdarah
Saya berumur 23 tahun dan masih bujang. Keputihan saya mengadungi darah sejam kebelakangan ini. Saya sudah berjumpa dgn dr dan dr ckp sy mungkin mengalami allergic terhadap pantyliner yg mengandungi scent. Selain itu ujiam air kencing sy mengesahkan air kencing sy mengandungi darah. Sy sdh memakai pantyliner agak lama dan agak pelik jika sy mengalami allergic terhadap pantyliner saya. Tambahan lagi, sy cepat merasa lapar dan kenyang. Serta rasa sakit di sendi badan. Keputihan sy semakin teruk berdarah selepas mengambil ubat antibiotic dan sy jg sudah datang bulan sebelum perkara ini berlaku.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Mengenai masalah yang dialami, pelbagai perkara boleh menyebabkan ini terjadi. Antaranya ialah :
Jangkitan Kulat
Jangkitan Chlamydia atau Gonorrea
Bakteria Vaginosis
Radang pada faraj
Jangkitan pada saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































