
Anonymous
5 tahun
Keputihan sedikit berdarah
saya berusia 30 tahun. telah period dari 9 hingga 15 julai. mempunyai period yang teratur antara 30 - 32 hari setiap bulan. akan tetapi pada 22hb iaitu setelah seminggu period saya berakahir saya dapati terdapat keputihan yang keluar sedikit seakan berdarah. boleh Dr terangkan apa symptom yang sedang saya alami…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
*Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj - Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin seperti klamidia/gonorrhoea
Sebagai langkah pencegahan anda boleh:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.