
Sulit
5 tahun
Keputihan selepas datang bulan dan vagina kering sewaktu bersama
Isteri saya mengalami vagina kering dan keputihan sejak setahun lalu. Apa yang saya patot buat ya doktor? Bole tak doktor saran kan pakar mana d area kedah ni ya?? Saya ingin berjumpa doktor pakar untuk selesaikan masalah isteri saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD
- Jangkitan kelamin
Sebaiknya anda membawa isteri menemui doktor pakar obstetrik dan ginekologi agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta diberikan perawatan yangs tepat dan efektif
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan , anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih