
Sulit
4 tahun
Keputihan semasa hamil bolh ke di korek
Hai saya ada maslah hamil 5bulan keputihan sllu berketul² dan bila dkorek spti susu basi…xberbau tp gatal bila keputihan keluar…soalan saya bole ke saya korek bgi mngurngkan rasa gatal tu…dalm keadaan hamil ni…saya risau ada effect dekat baby…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Bagi tujuan kebersihan, anda digalakkan untuk membersihkan keputihan yang keluar melalui faraj. Namun begitu, anda perlu membersihkan secara berhati-hati tanpa mencederakan kawasan kemaluan sehingga membahayakan kandungan. Dapatkan nasihat daripada doktor mengenai kaedah dan cara yang betul untuk membersihkan keputihan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah keputihan, seperti:
- Radang organ pelvis
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis
- Jangkitan kelamin
- Vaginitis
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana sekiranya masalah tersebut mengganggu anda.
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya:
- Sakit perut
- Demam
- Gangguan haid
- Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga Terima kasih.