Anonymous

4 tahun

Keputihan semasa hamil

Hai doctor, saya wanita berumur 29tahun… pada peringkat awal kehamilan saya mengalami masalah keputihan dan sakit pada atas pinggang. Saya ke klinik mendapatkan rawatan. Saya diberi antibiotik dan lawaskan kencing dan baru-baru ni kandungan saya 18minggu, saya mengalami kejang dan sakit dibahagian perut. Saya terus ke hospital. Saya dijangkiti kuman pada punding kencing lagi sekali. Antibiotik yang sebelum ni saya mkn habis… tapi jadi balik… adakah ianya normal? Ubat yang pihak hospital bagi baru-baru ni meninggalkan kesan, keputihan saya terperangkap di dalam kemaluan saya… saya rasa sakit dan gatal. Apabila saya mencuci di dalam kemaluan saya menggunakan jari didapati keputihan saya makin teruk, berketul-ketul dan berwarna hijau… Adakah saya patut menukar ubat saya? Atau ada cara lain tak untuk hilangkan keputihan yang teruk. Saya takut terjadi apa-apa pada bayi dalam kandungan saya sebab ini anak pertama setelah 3tahun penantian. Terima kasih

Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda.

Dalam situasi anda, ia kelihatan seperti keputihan disebabkan penyakit. Ia dikira normal jika ia tidak berbau, tiada kegatalan dan berwarna putih atau krim. Keputihan semasa mengandung yang tidak normal mungkin tanda jangkitan vagina yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera agar tidak beri kesan pada kandungan anda.

Sebenarnya, keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal. Keputihan yang normal biasanya disebabkan oleh fisiologi badan yang normal seperti ovulasi dan sebelum haid. Tetapi jika keputihan itu juga disertai dengan gatal-gatal, rasa panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan.

Antara contoh jangkitan yang boleh menyebabkan keputihan yang berpenyakit ialah bacterial vaginosis, trichomoniasis dan juga jangkitan yis. Dalam bacterial vaginosis, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina. Antara tanda-tandanya ialah jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir.

Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini. Trichomoniasis pula adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks. Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang.

Wanita hamil juga mudah untuk mendapatkan infeksi saluran kencing. Ini yang terjadi pada anda. Kemungkinan besar ubat antibiotik yang diberikan tidak sesuai dengan anda. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan agar kandungan anda tidak mendapat jangkitan ini ketika bersalin. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)