
Anonymous
2 tahun
Keputihan seperti kertas basah di dalam faraj
hi doctor , saya hanis berumur 24 tahun . sejak kebelakangan ni , saya mengalami kegatalan yang amat sangat pada bahagian bibir faraj , berdekatan clitoris. selepas pada itu , semasa saya hendak mandi , saya terasa seperti banyak keputihan macam.kertas basah di dalam faraj saya. apa yang patut saya lakukan ya? dan adakah itu hanyalah jangkitan kulat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pihak kami kurang pasti dengan maksud anda tentang keputihan seperti kertas basah. Adakah maksud anda ia berketul atau bergumpal? Keputihan merupakan salah satu gejala fisiologi normal pada wanita, namun begitu, keputihan yang normal biasanya adalah sedikit dan tidak berbau serta tidak mengakibatkan gejala lain seperti gatal dan bengkak atau kencing pedih. Sekiranya terdapat gejala-gejala ini, keputihan tersebut adalah tidak normal dan perlu dirawat.
Antara punca yang boleh menyebabkan keputihan yang tidak normal adalah:
- Jangkitan kulat (candidiasis)
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan gonrrhoea, klamidia atau penyakit kelamin lain
- Radang faraj
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.