
Sulit
4 tahun
Keputihan serta faraj gatal
Hai. Saya barusia 25 tahun dan sudah berkahwin. Sejak 2 3 minggu ini saya mengalami masalah keputihan yg agak teruk. Kuantiti keputihan banyak dari sebelum2 ni dan berwarna coklat. Keputihan juga ada mengeluarkan bau yg kurang senang. Dan paling saya tidak tahan, sejak kejadian ini, faraj saya menjadi sangat gatal. Sampaikan luka sebab saya garu. Bila bersama suami pula, faraj akan berasa pedih dan ngilu. Boleh doktor jelaskan apa masalah yg saya hadapi dan bagaimana cara untuk saya atasinya ?
Saya buntu kerana gatal2 faraj hanya berhenti seketika selepas saya mencuci kemaluan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan dan kegatalan pada faraj. Untuk makluman anda, secara umum, keputihan dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih