
Sulit
4 tahun
Keputihan sewaktu mengandung
hai doc sya wanita berumur 29 tahun…skng pregnant 19weeks…sya ada keputihan yg teruk…private part setiap hari gatal dan ada keluar discharge keputihan bercampur dgn air menyebabkan seluar dalam bahagian depan menjadi basah…somestimes 4/5 kali discharge keluar dalam sehari…terutama sekali bila baru bangun pagi…sya dah buat swab c&s awal bulan ogos tapi doc atau nurse xda ckp apa2 sma ada sya ada jangkitan atau sebaliknya…sya jadi sgt tertekan dgn keputihan yg semakin teruk selepas pregnant…ada tak ubat yg sya boleh beli dekat farmasi utk keputihan ni…dan boleh ke sya pakai ubat sapu utk pakai dekat area luar private part sya…nak minta ubat kat kk lma lg baru nak check up blik hujung bulan…dah x tahan dgn gatal2…thank u doc…god bless u…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan ketika hamil yang dialami anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Bagi mengurangkan masalah yang dihadapi anda, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall). Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.