
Sulit
4 tahun
Keputihan tekstur putih telur
hai doktor , saya wanita berumur 24 tahun dan sudah berkahwin, saya mahu bertanya, 2 atau 3 hari ni, vigina saya keluar keputihan berlendir tekstur dia seperti putih telur, tetapi ada sedikit kecoklatan didalamnya, tapi tarikh period saya masih lambat, mungkin dalam 2 minggu lagi…
keputihan tak kerap sangat keluar, cuma keluar apabila saya membuang air kecil sahaja, tapi lendir yang keluar mempunyai warna coklat sedikit seperti warna darah diakhir period…boleh terangkan kepada saya apakah ini berbahaya atau saya perlu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.