Sulit
4 tahun
Keputihan terhadap ibu mengandung
keputihan yang berlaku terhadap saya. keputihan berjenis spt wrna jernih dan kesusuan pekat kadang berasa gatal dan berbau bagaimana untuk menghilangkan keputihan itu… saya seorang ibu mengadung… selalu p check up saya akan bagitau nurse tentang keputihan ini tpi ttp sama walaupon dah berkali masukkan ubat ke dalam faraj dan dan ambil simple hantar hospital… result tiada apa normal. No Gbs
Mungkin doktor boleh bagi tips untuk hilangkan tak
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya hasil siasatan dari klinik atau hospital tidak menjumpai apa-apa tanda yang positif, anda boleh lakukan beberapa langkah penjagaan kemaluan seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.