
Sulit
3 tahun
Keputihan teruk serta berdarah tetapi tidak mengalami gatal gatal atau masalah kelamin lain walaupun sebelum ini pernah kena jangkitan kulat dikelamin
Saya wanita berumur 20an, baru² ini saya mengalami keputihan yang berdarah, pada mulanya saya ingatkan saya period namun ianya awal dari tarikh yang sepatutnya… contoh: period last saya pada 27/3, period akan datang saya 25/4, tapi pada 19/4 ia mula mengeluarkan keputihan berdarah, saya ingatkan awal period tapi saya tidak mengalami apa² tanda period seperti senggugut… sebelum nie saya mengalami masalah jangkitan kulat di kelamin…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.