
Sulit
4 tahun
Keputihan warna hijau cair sudah 2 tahun
Saya wanita berumur 29 tahun. Mengalami keputihan berwarna hijau cair sejak mgandung 2 tahun lalu. Tp malu utk bjumpa doktor. Keputihan xteruk dari segi kuantiti. Kdg2 shja berasa gatal. Ubat ape yg perlu sy ambil? terima kasih.

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan berwarna hijau dan kegatalan. Untuk makluman pihak anda, masalah keputihan berwarna hijau boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih