Anonymous
7 tahun
Keputihan yang banyak ketika bersama
Saya mempunyai keputihan yang sangat banyak ketika bersama & miss V saya selalu gatal gatal. Apa perlu saya makan & buat?
7 tahun
Terima kasih kerana menghantar soalan anda kepada kami. Kebanyakan wanita akan dan mungkin mengalami kandidiasis vagina di dalam hidup mereka. Ia adalah sejenis jangkitan yis pada faraj, yang biasanya disebabkan oleh Candida Albicans. Candida berada secara semulajadi di dalam sistem pencernaan, mulut, vagina dan juga pada kulit. Candidiasis vagina berlaku apabila bilangan candida meningkat di dalam vagina.
Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kandidiasis vagina. Kandidiasis vagina boleh dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti:-
-diabetes mellitus
-obesiti
-lemahnya sistem imun tubuh
Ia juga boleh disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan seperti antibiotik dan pil kontraseptif. Kehamilan juga boleh menyebabkan jangkitan kandidiasis vagina.
7 tahun
Salam sejahtera.
Nampaknya anda mengalami masalah vaginal candidiasis. Ia merupakan satu jangkitan yeast yang disebabkan oleh Candida Albicans. Vaginal candidiasis berlaku apabila populasi Candida albicans ini bertambah dalam faraj. Ini adalah kerana terdapat gangguan yang menjejaskan hubungan simbiotik antara candida albicans dengan mikroorganisma yang lain. Oleh itu, anda akan mengalami kegatalan, pengeluaran cecair yang abnormal, kesakitan ketika hubungan seks, kesakitan semasa kencing dan vulva anda bengkak.
Ia juga berkaitan dengan sesetengah kondisi medikal seperti diabetes mellitus, kegemukan dan sistem imun yang terjejas. Ia juga boleh disebabkan oleh kegunaan antibiotik dan pil perancang. Kehamilan juga merupakan satu sebab yang biasa bagi vaginal candidiasis. Rawatn muktamad bagi vaginal candidiasis adalah ubat antifungal yang diberikan oleh doktor anda bagi tempoh seminggu.
Sila elakkan memakai seluar yang ketat dan dibuat daripada kain jenis sintetik. Selain itu, elakkan mencuci faraj anda dengan air ataupun sabun yang boleh menjejaskan kondisi anda. Pencucian faraj akan menganggu mikroorganisma dalam faraj anda. Jikalau simptom anda masih berlarutan, sila mendapat pemeriksaan doktor sakit puan untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang efektif. Semoga saya menjawab soalan anda.


































