Suria

6 tahun

Keputihan yang banyak seperti cheese

Saya mengalami masalah keputihan yang banyak. seperti cheese. tiada kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan.

Dr Ilias,

6 tahun

Selamat sejahtera. Tanda-tanda yang saudari telah nyatakan menunjukkan kemungkinan besar anda mempunyai jangkitan kulat di faraj. Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis kulat yang dipanggil Candida. Candida biasanya hidup di dalam badan kita (mulut, tekak, usus dan faraj) dan pada kulit tanpa menyebabkan sebarang masalah. Walau bagaimanapun, kadang-kadang Candida boleh bertumbuh secara berlebihan dan menyebabkan jangkitan sekiranya persekitarannya menjadi sesuai.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko bagi jangkitan kulat adalah ubat antibiotik, penukaran tahap pH faraj akibat darah haid atau air mani, penggunaan kontraseptif hormon, pembilasan faraj, kehamilan, penyakit diabetes mellitus dan sistem imun yang lemah (contoh, akibat jangkitan HIV atau ubat steroid dan kemoterapi). Memakai pakaian ketat untuk jangka masa yang lama dan peningkatan peluh juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengalakkan pertumbuhan kulat.

Antara tanda-tanda yang boleh dialami selain keputihan ialah kegatalan di tempat kemaluan, kesakitan kulit daripada menggaru kulit, sakit semasa hubungan seks dan sakit apabila membuang air kecil. Walaupun kebanyakan kes adalah jangkitan yang ringan, sesetengah wanita boleh mengalami jangkitan teruk yang melibatkan kemerahan, bengkak, dan retak di dinding faraj.

Oleh itu, saya sarankan saudari melawat doktor anda untuk mengesahkan sebab keputihan ini.

Hai dan terima kasih atas soalan anda. Menurut simptom yang anda terangkan, kami mengesyaki anda mengalami jangkitan kulat di faraj. Faraj yang sihat mempunyai keseimbangan kedua-dua sel bakteria dan kulat. Apabila keseimbangan bakteria dan kulat berubah, sel-sel kulat berkembang biak dan menyebabkan simptom.

Simptom jangkitan kulat di faraj termasuk keputihan putih kekuningan yang berupa keju, gatal-gatal vagina, pembengkakan, perasaan pedih semasa kencing atau hubungan seksual. Lebih daripada 90% jangkitan kulat di faraj disebabkan oleh organisme Candida albicans. Jangkitan oleh spesis selain daripada Candida albicans lebih sukar untuk dirawat.

Terdapat beberapa faktor risiko tertentu juga menyumbang kepada jangkitan kulat di faraj. Antaranya ialah:
• Penggunaan antibiotik yang berpanjangan
• Kehamilan
• Penyakit kencing manis yang tidak terkawal
• Sistem imun yang terjejas - penggunaan kortikosteroid atau jangkitan HIV
• Pengambilan pil kontrasptif atau terapi hormon yang meningkatkan paras estrogen

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh mengelakkan untuk menghilangkan jangkitan kulat di faraj. Perkara tersebut ialah:
• Pantyhose ketat
• “Douching”
• Produk feminin wangi
• Tab mandi panas
• Memakai pakaian basah seperti pakaian renang dan senaman untuk jangka masa yang panjang

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda. Keputihan mungkin adalah sesuatu yang normal hasil daripada perubahan fisiologi badan seperti ketika ovulasi atau sebelum haid bermula. Ia menjadi masalah apabila ia adalah berpenyakit apabila warna lendiran adalah kuning atau hijau serta berbau dan juga menyebabkan rasa gatal. Dalam situasi anda, ia kelihatan seperti jangkitan yis disebabkan konsistensi seakan-akan keju yang merupakan symptom utamanya.

Namun, apabila faktor-faktor seperti penggunaan pembersih intim wanita akan menyebabkan flora semula jadi ini berlipat ganda menyebabkan jangkitan pada kawasan tersebut. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi keseimbangan flora di dalam vagina adalah pengunaan antibiotic yang membunuh flora yang normal, penyakit kencing manis, penggunaan steroid dan juga jangkitan HIV akan memudahkan pertumbuhan jangkitan ini.

Antara tanda-tanda jangkitan yis adalah rasa gatal, keputihan yang tebal dan tanpa bau. Rasa pedih dan terbakar ketika membuang air kecil dan bengkaka pada luar vagina juga mungkin berlaku. Saya sarankan anda bertemu dengan doktor untuk rawatan lanjut atau mendapatkan kit ujian penyakit kelamin.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)