
Sulit
4 tahun
Keputihan yang berbau dan berwarna kuning
Saya wanita yg dh berkahwin tpi berjauhan dgn suami…kenapa keputihan yg sy alami membuatkan sy stress. Keputihan yg berbau dan berwarna kuning,sering jugak gatal diarea luar faraj.sy sngt tidak selesa berada ditempat org ramai dgn bau nya penyakit keputihan sy.tolong sy doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda mengenai keputihan berbau yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, keputihan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman, virus, parasit atau yis
- Penyakit kelamin (Sexually transmitted infection/STI)
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Masalah kesihatan
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa seseorang boleh mendapat keputihan yang berbau. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mempunyai keputihan yang berbau dan seterusnya boleh mendapatkan rawatan yang sesuai.
Anda boleh klik di sini untuk mengetahui punca keputihan. Keputihan boleh terbahagi kepada dua kumpulan iaitu fisiologikal (normal) ataupun patologikal (tidak normal).
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Keputihan yang normal atau fisiologi
- Keputihan ini dapat dilihat dalam wanita yang sedang subur ataupun sebelum datang haid. Kebiasaannya ia berwarna putih atau krim dan kadangkala berlendir.
Keputihan yang tidak normal atau patologik:
- Keputihan ini kebiasaannya menandakan seseorang mempunyai masalah kesihatan. Ia berwarna kekuningan ataupun hijau dan boleh disertakan dengan bau yang busuk. Kawasan persekitaran pula akan menunjukkan tanda-tanda inflamasi seperti kemerahan dan kegatalan.
Untuk mengatasi masalah keputihan ini, anda boleh melakukan langkah berikut:
- Menjaga kebersihan faraj dan jangan gunakan pencuci yang boleh mengganggu kestabilan pH faraj
- Amalkan gaya hidup sihat
- Sentiasa menukar tuala wanita/pad semasa haid
- Elakkan mengambil antibiotik atau ubat tanpa pengawasan doktor
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara peribadi di atas talian. Terima kasih.