Sulit
3 tahun
Keputihan yang berdarah
assalamualaikum dr , saya 20 thun dan masih belum berkahwin , baru ii ni saya perasan saya mengalami keputihan berdarah , saya ingtkan uzur tapi tidak dan pada bulan lepas saya tidak uzur sama skli, keputihan berdarah berlaku kdg ii sekejap ada sekejap tak , ada tk cara yg bole utk baikkan . dan saya sedikit stress tgh class online .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Pendarahan spotting; pendarahan minimal dan sedikit
- Kecederaan pada dinding faraj
- Psikologi: stress dan tertekan
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Jangkitan kelamin
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Selain itu, maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda juga perlu diketahui dengan lebih mendalam untuk mengenal pasti punca masalah haid lewat yang dialami oleh anda. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit dan kerap kencing
- Sakit dan/atau pening kepala
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.