
Sulit
5 tahun
Keputihan Yang Berwarna Coklat
Saya berumur 17tahun, dan sejak tiga hari yg lalu saya mengalami keputihan berwarna coklat dan pada waktu yang sama saya berpuasa. Saya tidak ada simptom sakit di bahagian faraj dan di perut. Kitaran haid saya dijangka akan datang pada minggu hadapan. Saya pun tak pernah melakukan aktiviti seks. Saya ada masalah tidur ketika waktu malam. Saya tidak mempunyai simptom - simptom pelik seperti tiada selera makan mahu pun cepat letih. BMI saya normal. Kitaran haid saya pula kadang kala lambat 2-4 hari atau cepat 2-4 hari. Keputihan coklat itu tidak sakit ketika ia keluar dan ia tidak keluar sebanyak darah haid. Ia berwarna coklat gelap.
Menurut dari article yg saya baca, keputihan ini biasa berlaku ketika penghujung waktu haid, kehamilan dan ketika keguguran. Namun saya tidak berada dalam keadaan itu. Adakah di sebabkan amalan permakanan saya? Saya ada beritahu perkara ini kepada ibu saya, dan dia berkata ianya normal. Apakah yang saya perlu buat jika ianya normal? Saya takut jika saya mempunyai penyakit yang membawa maut mahupun penyakit yg berpanjangan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selain faktor-faktor yang anda sebutkan, cecair coklat yang keluar dari faraj wanita juga boleh disebabkan:
- Keputihan normal - sesetengah wanita sememangnya akan mempunyai “spotting” diwaktu ovulasi (sebelum haid)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Pada masa ini, anda hanya perlu meneruskan aktiviti seperti biasa dengan mengamalkan pemakanan dan senaman seimbang serta kurangkan stres. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.