
nor64544
3 tahun
Keputihan yg banyak dan gatal pd kemaluan
saya ibu kpd sorang anak…dari sblm kawin sy mmg ade msalah keputihan yg byak dan lps kawin makin banyak keputihan. dulu dah prnh pkai ubat yg masukkan dlm faraj tp tak berkesan jugak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan dan gatal yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, walaupun keputihan merupakan fenomena normal yang sering berlaku keatas wanita, namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit.
Secara umum, keputihan boleh dikategorikan kepada dua klasifikasi besar iaitu keputihan yang berlaku disebabkan fisiologi normal badan ataupun berpunca daripada sakit penyakit atau juga dikenali sebagai patologik.
- Keputihan fisiologi
Keputihan fisiologi selalunya hadir pada ketika wanita itu sedang subur ataupun sebelum datang haid. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
- Keputihan patologik
Keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan patologik berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Ciri tambahan yang ada pada keputihan patologik ialah ia selalunya menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan. Permukaan kulit pada faraj pesakit juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berbintik. Bagi keputihan jenis ini pula, tekstur lendir yang dikeluarkan terasa melekat dan berbau. Keputihan patologik memerlukan rawatan yang terperinci kerana ia menandakan bahawa seseorang itu mengalami penyakit.
Terdapat beberapa punca keputihan patologik, antaranya ialah:
- jangkitan kuman (parasit, bakteria dan yis)
- ketidaksemibangan hormon
- masalah kesihatan
- gaya hidup yang tidak sihat
Mengenai haid lewat pula, boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda juga digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi