iffakamalludin19
4 tahun
Keputihan yg berbau
Saya mengalami keputihan yg berbau hanyir, boleh saya tahu apa cara utk menghilangkan keputihan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sebelum menyarankan sebarang rawatan, punca keputihan yang anda alami haruslah diketahui terlebih dahulu. Antara punca keputihan adalah:
- Keputihan fisiologi yang normal biasanya tidak berbau
Keputihan berbau boleh disebabkan oleh:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dan pemeriksaan dapat dilakukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.