
Sulit
3 tahun
Keputihan yg mempunyai bau kurang enak
saya wanita berumur 30an.saya perasan keputihan saya berbau yg kurang menyenangkan.baunya seperti nanah.persoalannya disini,adakah keputihan seperti itu berbahaya?? terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Keputihan patologik dicirikan:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
Berikut merupakan beberapa penyakit yang berkait dengan keputihan patologik:
- Jangkitan kuman atau STI ( sexual transmitted infections ) pada faraj wanita
- Jangkitan kulat
- Jangkitan HPV
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
- Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan