
Sulit
5 tahun
Keputusan di alat uji kehamilan jika hamil kembar
Salam sejahtera doktor… Saya nak bertanya, ada doktor mengatakan bahwa apabila seseorang itu hamil kembar, Kemungkinan keputusan di alat uji kehamilan tidak dapat dikesan… Maksudnya macam mana tu doktor?? Adakah keputusan tu akan jadi negatif atau bagaimana ye doktor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman puan, alat pemeriksaan kehamilan dikenali sebagai urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta dan boleh dideteksi dalam air kencing anda. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Justeru, apabila kehamilan kembar, hormon tersebut masih boleh dideteksi.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.