
Sulit
4 tahun
Keputusan ujian RT-PCR Covid-19
Hi, saya ada kekeliruan berkaitan dengan keputusan ujian RT-PCR saya.
Untuk makluman, suami saya telah mula kuarantin kendiri sejak 16 May 2021 setelah mendapat tahu rakan sekerja positif dan setelah menjalani swab di hospital swasta. Keputusan swab beliau yang diterima adalah positif pada 17 May 2021.
Setelah itu, saya melakukan swab pada 20 May 2021, setelah menjadi kontak rapat kepada suami saya yang disahkan positif. PKD minta untuk hadir swab kontak rapat pada 20 May 2021, kerana dikatakan “exposure date” adalah hari ke-5 dari suami disahkan positif. Pada hari yang sama juga saya ke hospital swasta untuk melakukan swab kerana saya memerlukan keputusan yang cepat disebabkan risau rakan sekerja juga telah terdedah kepada saya.
Setelah 24 jam, saya terima keputusan dari hospital swasta mengatakan saya adalah Positif & saya maklumkan kepada rakan sekerja untuk menjalani swab. Leganya meraka semua adalah negative pada 21 May 2021.
Saya faham untuk mendapatkan keputusan dari klinik kesihatan mengambil masa 3-4 hari. Jadi pada 23 May 2021, saya menerima keputusan swab di klinik kesihatan adalah Negatif.
Soalan saya, keputusan yang mana saya perlu terima kerana di Mysejahtera saya terdapat 2 keputusan yang berbeza. Anak-anak saya juga negatif dalam swab klinik kesihatan & kami semua tiada simptom sepanjang kuarantin.
Saya cuma risau kerana saya yang ada dua keputusan ujian tinggal bersama anak kecil yang negatif. Mohon pencerahan dari pihak doktor.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui mengenai wabak COVID-19 yang masih belum berakhir, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini