
Sulit
5 tahun
Keputusan upt negatif tapi lambat haid 10 hari
Hi saya berumur 39 tahun,ada 5 orang anak,yang bongsu berumur 4 tahun.Haid saya biasanya regular cuma 2 bulan kebelakangan ini lewat 3 Hari dari tarikh yang sepatutnya. Bulan ini,haid saya sudah lewat 10 hari,tapi bila saya buat ujian upt di waktu awal pagi, keputusannya negatif,tetapi saya mengalami simptom seperti orang mengandung contohnya sakit payudara,cramp bawah perut,sakit belakang serta kerap kencing…saya keliru dengan keputusan upt yang saya nampak serta simptom yang saya alami…adakah saya hamil ataupun tidak? Mengapa itu boleh berlaku adakah saya mengalami sakit yang lain? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala haid lewat yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Kemungkinan anda melakukan ujian kehamilan ini dengan salah. Anda boleh klik pada link ini, ujian kehamilan untuk mengesahkan teknik penggunaan anda. Anda juga boleh mengunjungi ke klinik yang berdekatan untuk membuat ujian UPT ini untuk pengesahan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.