syarifahbteahmad
6 tahun
Keputusan upt negatif
Selamat malam doctor,saya berusia 33tahun dan seorang suri rumah sepenuh masa,saya telah mendirikan rumahtangga selama 8tahun tapi tidak mempunyai anak,saya pernah menjalani rawatan IUI sebanyak 2x tetapi gagal…haid saya tetap tiap bulan tapi kali ini saya sudah terlepas haid selama 3minggu…dan dah membuat ujian air kencing (upt) sebanyak 2x iaitu ketika terlepas haid seminggu dan ke 3minggu tetapi keputusan kedua2nya negatif tapi saya tidak yakin saya hamil kerana saya tiada simptom seperti orang sedang hamil cuma abdomen saya makin membuncit… apakah pandangan doctor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, ujian UPT boleh menunjukkan kesan negatif jika:
- Bacaan hormon kehamilan sangat rendah dalam ujian tersebut
- Alat ujian rosak
- Anda tidak hamil
Ada pelbagai sebab untuk seseorang itu tidak dapat hamil dan antaranya ialah:
- Masalah pembekuan darah seperti sindrom anti-fosfolipid
- Masalah Auto-imun
- Masalah struktur rahim/tube
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























