
Sulit
5 tahun
Keputusan upt pertama “positif” @ ujian kedua “negetif”
Hai,dct
Saya ingin tahu lebih lanjut,saya hamil atau tidak… Pada tarik 12/12 sya ada cek upt hasilnya “positif” tetapi sya ada tanda2 mahu priod warna hitam selama 2 hri 12-13/12/2019 . Sebelum itu,saya makan ubat secara teratur juga dan priod saya teratur,tetapi bulan 11 saya stop makan ubat,kerana tdk cukup duit mahu beli,so pada bulan 12 ne,priod late 2 hri ,dan oda hri 3 ada kluar sedikit,hri 4 dia stop semula ,so pda 12/12 dia kluar smula ttpi wrna hitam,dn pda hri tu sya mahu ambil ubat semula jadi kelinik mahu cek air kencing,dan hasilnya “positif”. Dan pda 2 hri itu saya sakit sengugut dan priod kluar , dan sya pi hospitl utk cek air kencig semula dan hasilnya “negetif” dan tidak ada tanda2 keguguran dan cek scan tdk ada nmpk apa2,so skrng saya mahu tahu saya hamil atau tidak??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda datang haid dan pihak hospital telah sahkan ujian kehamilan ini negatif, serta scan tidak dapat mengesan kantung kehamilan, anda berkemungkinan besar tidak berhamil. Ujian yang pertama mungkin dilakukan dengan teknik yang salah dan peralatan ujian ini berkemungkinan kecil akan menunjukkan keputusan yang salah.
Satu lagi kemungkinan adalah kandungan di luar rahim, yang boleh dikesan positif dalam ujian kehamilan dan scan tidak akan menunjukkan sebarang keputusan. Sekiranya anda berdarah dengan banyak serta sakit perut, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera kerana kandungan luar rahim ini boleh menyebabkan kebocoran tiub Fallopian.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.