
Sulit
5 tahun
Keracunan makanan ,gastrik &demam on off lebih dua minggu
Saya mengalami keracunan makanan dua minggu lepas,tapi masih ada gastrik dan demam on off ,setelah saya pergi ke hospital,beransur pulih,tapi demam dan gastrik masih on off ,selama 20hari.apakah lagi rawatan perlu diambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Buat masa sekarang anda perlu mengambil ubat demam dan gastrik untuk menangani simptom yang anda alami. Oleh kerana ia datang dan pergi, anda perlu memantau simptom anda dengan teliti. Di samping itu, anda harus menjaga pemakanan dan masa makan anda untuk mengelakkan masalah gastrik anda berlarutan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.