
Sulit
4 tahun
Keracunan nikotin yang menyebabkan saya sesak nafas,nak muntah,tangan kaki kebis,gastric
Saya umur 18 pada 3 bulan lepas saya tiba ii sesak nafas mual tangan dan kaki kebas dan penglihatan jd teruk …lepas 3 bulan baru saya dapat tahu yang saya keracunan nikotin,jadi macam mana ye saya nak sembuh dan rawat penyakit ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keracunan nikotin.
Untuk makluman anda, sekiranya anda mengalami keracunan nikotin, saya cukup yakin bahawa doktor yang memeriksa anda di hospital telah memberi rawatan sewajarnya. Hal ini kerana keracunan sebegini hanya boleh dirawat di hospital dan tidak boleh dirawat di rumah. Sekiranya anda masih merasakan diri anda tidak sihat dan masih mengalami gejala, sila kembali ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Saya tidak boleh memberikan apa-apa rawatan melainkan pemeriksaan dilakukan terlebih dahulu.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.