
Sulit
5 tahun
Keraguan hamil atau tidak
Okey begini saya belum pasti saya sedang hamil atau tidak …saya 16 tahun dan saya melalukan hubungan secara oral (hanya bermain dengan alat sulitnya dan sperma tersebut kena pada tangan saya dan saya pula mencuci vagina saya) hari terakhir saya haid adalah 16 july dan saya mengalami pendarahan flek darah merah terang tidak banyak dan lps itu saya mengalami keputihan cairan susu …lps itu saya mengambil test kencing dan hasilnya negetive …adakah saya hamil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin seperti klamidia atau gonorrhoea
Untuk mengetahui status anda hamil ataupun tidak, ujian air kencing boleh dilakukan pada 1-2 minggu selepas persetubuhan dan sekiranya ia negatif, ia tidaklah bermaksud anda tidak hamil kerana mungkin cara penggunaan alat tidak betul, alat rosak mahupun hormon kehamilan terlalu rendah. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.