
Sulit
4 tahun
Kerap batuk dan mempunyai masalah resdung
Hi doktor,saya mempunyai masalah resdung. Kadang2 apabila saya batuk saya macam terbau kahak. Kadang2 terasa macam ketat didada atau menyucuk didada. Apakah kemungkinan kesan pada paru2 saya atau kemungkinan lain

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi iaitu sinusitis. Sinusitis adalah bengkak pada tisu berada di lapisan luar sinus. Untuk maklumat anda, masalah sinusitis ini boleh menyebabkan simptom seperti:
- Hidung tersumbat akibat terlalu banyak kahak menyebabkan anda berasa sesak nafas
- Demam
- Kahak kerana terlalu banyak lendir dalam sinus anda.
- Nafas berbau
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.