Sulit
2 tahun
Kerap berasa pening kepala
Saya wanita berumur 21. Boleh ke saya amalkan acid folic jika pening kepala. Dan boleh ke kalau diamalkan acid folic jika belum berkahwin dan masih anak dara?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah pening kepala dan penggunaan asid folik. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- kurang rehat atau tidur
- Kurang thiamin dalam diet
- Gangguan stress dan emosi
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Setiap penggunaan ubat dan suplemen perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu bagi menentukan sama ada kondisi anda sesuai ataupun tidak untuk mengambil ubat tersebut. Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih