
Sulit
3 tahun
Kerap berasa sakit bahagian dada
Saya perempuan berumur 19 tahun dan belum berkahwin. Beberapa hari ni saya berasa kerap sakit bahagian dada apabila ingin bangun duduk dan apabila pusing badan. Kadang apabila menarik nafas.
Boleh saya tahu kenapa ?
Dan adakah ini ada kaitan dengan period saya? Kerana saya sudah setahun tidak datang bulan.
Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit pada bahagian dada dan anda ingin mengetahui adakah masalah ini berkait dengan kitaran haid anda. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Terlalu penat dan kurang berehat
- Kekejangan otot dada
- Posisi dada ketika berehat dan baring
- Teknik pernafasan yang salah
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Pedih ulu hati
- Gastritis
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Masalah pada jantung
Pemeriksaan dan penilaian perlulah dilakukan untuk menentukan sama ada masalah yang dihadapi berkait dengan masalah kitaran haid. Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.