
Sulit
4 tahun
Kerap berpeluh semasa makan
Isteri saya berumur 37 tahun & dah abis pantang bersalin 40 hari.
Kenapa isteri saya kerap keluar peluh setiap kali makan lunch n dinner sebelum ramadan?
Tetapi bila berbuka puasa, peluhnya keluar banyak macam mandi peluh.
Bole saya tahu kenapa & macam mana nak atasi setuasi ini?
Semasa mengandung, Isteri saya keluar peluh masa lunch dinner. Tapi peluh tak lah banyak semasa bulan puasa…
Mohon bantuan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap berpeluh boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid
- Anxiety
- Hyperhydrosis
- Obesiti
- Kencing manis
Namun, punca yang lebih lazim seperti cuaca panas dan makan makanan pedas boleh juga menyebabkan isteri anda berpeluh semasa makan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.