
Sulit
5 tahun
Kerap buang air besar dan rasa tidak puas macam nak pi lagi
Saya dlm setahun lebih nie saya kerap buang air besar dan rasa tidak puas macam nak pi membuang lagi . Suka keluar lendir banyak juga . Kenapa yaa doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham anda tentu risau dengan simptom yang anda alami. Untuk makluman anda, najis berlendir dan berbuih biasanya boleh disebabkan oleh pemakanan. Masalah seperti kekurangan air dalam badan dan sembelit juga boleh menyebabkan banyak lendiran pada najis.
Namun begitu, masalah lain yang lebih serius juga boleh menyebabkan perkara ini. Antaranya:
- Masalah penghadaman seperti radang usus
- Jangkitan bakteria di dalam usus
- Ulser usus
- Luka pada dubur
- Usus tersumbat
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.