
Sulit
4 tahun
Kerap Buang air kecil dalam kuantiti yang banyak
Saya lelaki berumur 22 tahun mengalami kerap membuang air kecil sejak semalam. Kuantiti air kecil tersebut banyak. Setelah buang air kecil, selepas 30 minit ingin membuang air kecil semula. Adakah saya menghadapi suatu gejala ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang prostat (prostatitis)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Masalah saraf
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah dan/atau nanah
- Sakit perut
- Loya dan muntah
- Pening kepala
- Sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.