
Sulit
4 tahun
Kerap buang air kecil dalam sehari
Saya kerap membuang air kecil tidak kira siang atau pada waktu malam. Tetapi air kencing saya berwarna jernih. Adakah ini juga salah satu masalah kencing manis

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan anda mengenai kerap kencing adalah subjektif. Yang mana ini bermaksud, sebaiknya anda mendefinisikan kekerapan kencing anda dalam hitungan waktu dan kuantiti air kencing (dalam ml). Hal ini bagi membantu dalam mengenalpasti dengan lebih spesifik masalah yang anda hadapi.
Sebetulnya, setiap minuman yang anda teguk akan masuk ke dalam saluran pencernaan, diserap ke dalam saluran darah kemudian ditapis di buah pinggang untuk masuk ke saluran kencing dan pundi kencing serta akhirnya keluar sebagai air kencing. Justeru, apabila seseorang mengeluhkan kerap kencing, masalah boleh berpunca dari mana-mana perjalanan air dalam tubuh diatas, seperti:
- Akibat minum air yang berlebihan
- Akibat mengkonsumsi air yang berkafein seperti teh dan kopi yang memberi signal kencing
- Akibat penggunaan ubat-ubatan yang mempercepatkan proses tapisan air
- Akibat hyperactive bladder iaitu apabila pundi kencing tidak mampu menahan kuantiti air kencing yang banyak
- Keradangan saluran kencing akibat jangkitan ataupun akibat batu karang
Memandangkan terdapat banyak penyakit yang berpotensi mendasari satu keluhan (kerap kencing), adalah digalakkan untuk anda merujuk ke doktor agar punca penyakit dapat dideteksi. Seandainya dibiarkan berterusan tanpa perawatan, dikhuatiri terjadi komplikasi yang tidak diingini seperti jangkitan sistemik (sehingga koma), kerosakan buah pinggang serta penyempitan saluran kencing.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.