
Sulit
3 tahun
Kerap buang air kecil pada malam hari
Saya ingin bertanya kepada doc tentang masalah yang dihadapi oleh suami saya…suami saya Kerap buang air kecil pada malam hari…kadang kadang tak sempat tutup pintu bilik air…adakah di sebab kan oleh berat badan yang berlebihan…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pihak kami memahami kerisauan anda berkenaan masalah suami anda yang mengalami gejala kerap kencing pada waktu malam.
Umumnya gejala ini boleh dicetuskan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- faktor umur - seiring dengan peningkatan usia, kawalan terhadap otot-otot saluran kencing akan menurun.
- kesan dari trauma
- komplikasi obesiti
- jangkitan kuman di saluran kencing UTI
- tanda-tanda awal terhadap penyakit kencing manis
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Batu karang
- Gangguan saraf
- Kanser pundi kencing
- Gangguan saluran vaskular & buah pinggang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.